Kursus Potensi Diri PKSP 2017

on Thursday, July 13, 2017


KURSUS KECEMERLANGAN POTENSI DIRI
PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA

ANJURAN
PROFESION PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA

TEMPAT
WISMA PKSP,PARAGON POINT, BANDAR BARU BANGI,SELANGOR

TARIKH
19 & 20 APRIL 2017 (RABU & KHAMIS)

PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA KE-20

on Thursday, October 13, 2016

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan menganjurkan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Ke -20. Persidangan ini akan diadakan seperti maklumat berikut :-

Tarikh : 24 - 26 Oktober 2016
Tempat : Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Sebarang Pertanyaan lanjut boleh menghubungi En. Mohamad Yunus bin Hj. So'oib di talian 03-26156464


Lawatan Kerja Ke Abu Dhabi dan Dubai 2015

on Thursday, September 24, 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan lawatan kerja ke Abu Dhabi dan Dubai pada 19hb Disember hingga 23hb Disember 2015 (5Hari 4 Malam). Kepada ahli persatuan yang berminat boleh menghubungi En. Mohamad Yunus bin Hj. So'oib di talian 03-41312911/ 03-26155961 untuk pertanyaan lanjut. Sebarang perubahan tarikh lawatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2015 Di PKD Negeri Sembilan

on Tuesday, August 11, 2015

Majlis Penyampaian sumbangan peralatan perubatan kepada pesakit di Negeri Sembilan. Datuk Hajah Hasnah Sulaiman bersama Pengarah Negeri Sembilan dan Pegawai Kesihatan Daerah Negeri Sembilan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Pusat Jagaan Al-Fikrah

Suasana sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Pusat Jagaan Nur Hasanah dan Pusat Jagaan Al-Fikrah


Penyampaian Sumbangan Oleh Datuk Hajah Hasnah Sulaiman

Jamuan Hari Raya bersama penghuni Pusat Jagaan Nur Hasanah

Penyerahan Kuci Van kepada Penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah


Perasmian Sumbangan Van kepada Penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah

Antara Pesakit dan tetamu yang hadir



KURSUS ORIENTASI PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN KKM 2013

on Tuesday, December 10, 2013



BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR
PADA 8-11 OKTOBER 2013
KURSUS INI  DIHADIRI OLEH 30 ORANG PEGAWAI LANTIKAN BARU 2012-2013

SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI

on Tuesday, August 6, 2013

JAWATANKUASA PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN YANG BERAGAMA ISLAM.. MOGA RAMADHAN YANG BERLALU DAN SYAWAL YANG MENJELMA  MENGERATKAN  LAGI SILATURRAHIM ANTARA KITA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H

on Tuesday, July 9, 2013

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang beragama Islam di seluruh Negara.

 
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

TAWARAN MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH

on Tuesday, April 23, 2013

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia telah merancang untuk mengadakan ibadah umrah pada tahun 2014. Butiran lanjut mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut :



Tarikh : 5 Hingga 16 Februari 2014 ( 12 Hari 10 Malam )
Tempat : Mekah dan Madinah, Arab Saudi
Anggaran Kos Lawatan : RM5350.00 seorang


Terbuka kepada semua Ahli Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia / ahli keluarga masing-masing dan Sukarelawan Hospital. Pihak urusetia telah mengedarkan surat jemputan kepada tuan/puan. Tuan/Puan hendaklah memberikan nama calon yang akan mengikuti lawatan tersebut selewat-lewatnya 30 September 2013. Sekiranya pihak kami tidak menerima maklumbalas dari tarikh tersebut pihak kami akan menggantikan tempat tersebut dengan calon lain yang berminat.

Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Encik Mohamad Yunus Bin Hj. So’oib di talian 03-26155954/03-26156464

PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN KE-17

on Monday, April 15, 2013

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kali Ke-17. Berikut adalah makluman persidangan :

Tarikh Persidangan : 26 - 28 Mei 2013 ( Ahad - Selasa )
Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Jalan TMR 6, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung persidangan ini sila hubungi :

Urusetia,
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia,
58-3, Blok H, Platinum Walk,
No.2 Jalan Langkawi,
53300 Danau Kota,
Setapak Kuala Lumpur.

No. Phone : 03-41312911
Faks : 03-41312211

BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR


Profesion Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan mengadakan satu sesi Bengkel Pemurnian Draf Akhir SOP. Segala maklumat lanjut berkaitan sila hubungi pegawai yang terlibat.

BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR

STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP)
PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
21-23 APRIL 2013
HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG

Urusetia Bengkel Pemurnian Draf Akhir Standard Operational Procedure (SOP) Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

d/a Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Hospital Kuala Lumpur,Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
Tel: 03-2615 5961, 03-2615 6464 Fax: 03-2694 3942

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Pn. Nor Azura Abd. Majid / Pn. Norzila Hasan
03-2615 5953 / 03-2615 6075


KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2013

KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2013

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu kursus asas fotografi digital pada tahun 2013. Sekiranya ada dikalangan ahli yang berminat untuk menyertai kursus ini sila email kepada pihak saya di m.yunus@hkl.moh.gov.my.
Penyertaan dan tempat adalah terhad dan sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak saya di talian 03-26155954/6464.

Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib
Setiausaha Biro Latihan
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Jawatan Kosong PEMBANTU TADBIR AKAUN (KONTRAK)

on Wednesday, January 30, 2013

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Cawangan Hospital Kuala Lumpur, kelolaan                 Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi jawatan berikut :

PEMBANTU TADBIR AKAUN (KONTRAK)


(TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA

CAWANGAN HOSPITAL KUALA LUMPUR)


Kelayakan :


• Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya

• Mempunyai kemahiran dalam perakaunan

• Umur tidak melebihi 30 tahun

• Berkemahiran menggunakan komputer

• Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan





Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume beserta sekeping gambar berukuran pasport terkini (tidak akan dipulangkan) dan dihantar ke alamat berikut :



TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA

d/a Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Hospital Kuala Lumpur

Jalan Pahang

50586 Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-26156464 atau 03-26155961

No. Faks: 03-26943942



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 FEBRUARI 2013 (SELASA)






PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MALAYSIAN ALLIED HEALTH PROFESSIONS (MAHPC)

on Wednesday, December 19, 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo bagi Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). Tujuan penciptaan logo ini adalah untuk digunakan pada sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MAHPC, kepala surat dan lain-lain produk MAHPC. Logo ini akan menjadi identiti kepada MAHPC yang dapat dikenali dengan mudah oleh Ahli Sains Kesihatan Bersekutu dan orang awam.
YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan selaku Ketua Profesion Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Presiden Persatuan Profesion yang berkaitan adalah diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota di organisasi yang YBhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan dibuka kepada 23 profesion.
2. Pertandingan bermula dari tarikh surat ini dan tarikh tutup pertandingan pada 31 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan dari YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t ( TAN YOKE HWA )
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berminat sila hubungi En. Mohamad Yunus Hj. So'oib di talian 03-26156464/5961 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.

PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA KALI KE-16

on Monday, May 7, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia dengan kerjasama Kemeneterian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan persidangan seperti berikut : Tarikh : 20 Hingga 22 Mei 2012 ( Ahad Hingga Selasa ) Tempat : De Baron Resort, Bandar Baru Baron, Off jalan Putra, 07000 Kuah, Langkawi Kedah Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan persidangan ini boleh dikemukakan kepada En.Mohd Faishal Ismail Udin atau Pn.Noraini Mohd Zahid ditalian 03-2615 5977/5961/6464.

Motivasi: Tujuan & Kepentingan

on Sunday, April 15, 2012

Kita sering bercakap tentang motivasi, tetapi adakah kita benar-benar memahami apa yang kita perkatakan itu? Pemahaman terhadap istilah motivasi dan isi dan kandungannya adalah amat penting terutamanya kepada ketua-ketua, pengurus-pengurus, pentadbir-pentadbir unit/ jabatan/ organisasi kerana ia menceritakan sesuatu yang tersirat di sebalik tindakan dan gelagat manusia.

DEFINISI

Tahun 1950an merupakan detik permulaan bagi pembangunan konsep motivasi. Sejak daripada itu, ramai pengkaji cuba mengetengahkan idea masing-masing berhubung dengan motivasi.

Motivasi secara amnya mengkaji sebab-sebab individu bergelagat. Ia boleh dikatakan sebagai satu hala tuju dalam sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan persoalan mengapa individu memilih gelagat tertentu dan mengulanginya pada masa akan datang walaupun menghadapi tekanan. Motivasi merupakan satu ciri dorongan di dalam sanubari manusia untuk berusaha mencapai matlamat.

Sebagai ketua/pengurus/pentadbir bagi sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada pengikut masing-masing kerana motivasi berkait dengan mendorong atau mempengaruhi gelagat orang lain berdasarkan kepada pengetahuan tentang apa yang menyebabkan mereka berkelakuan samada defensif atau proaktif.

TUJUAN

1. Untuk memenuhi kepuasan pengikut masing-masing kerana jika mereka berpuas hati dan mempunyai moral yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang erat dan ketaatan yang baik kepada unit/ jabatan dan organisasi.

2. Bertujuan untuk memotivasikan kelakuan kerja. Ketua/ Pengurus/ Pentadbir yang berkesan harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat unit/ jabatan/ organisasi dapat dicapai. Antara yang perlu diambilkira ialah gelagat-gelagat pengikut menyertai sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, terus berada didalam unit/ jabatan/ organisasi tersebut, sentiasa hadir bekerja dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

3. Motivasi dapat melicinkan tugas. Terdapat pelbagai halangan yang menganggu tugas seseorang. Dengan adanya motivasi, halangan seperti ketidakhadiran dapat dikurangkan atau dielakkan. Contohnya Ketua/ Pengurus/ Pentadbir boleh menggunakan program latihan atau menurunkan sedikit kuasa kepada pengikut-pengikut sebagai alat motivasi.

4. Motivasi dapat merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh dan seterusnya meningkatkan prestasi kerjayanya. Seterusnya ini menguntungkan bagi jangka masa panjang kerana berupaya melahirkan ramai pengikut yang sentiasa bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga prestasi unit/ jabatan dan organisasi.

KEPENTINGAN

1. Melahirkan pengikut yang lebih produktif

2. Menghasilkan kerja atau produk yang berkualiti

3. Membina alternatif yang lebih baik supaya produktiviti dan kualiti sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.


KESIMPULAN

Mempelajari dan memahami motivasi akan menjadikan seseorang Ketua/ Pengurus/ Pentadbir lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam meningkatkan usaha pengikutnya ke arah mencapai visi/misi/objetif unit/ jabatan/ organisasi yang diwakilinya.


Sumber Rujukan: Pengurusan Organisasi:2009, CENGAGE Learning

PERUBAHAN TARIKH TUTUP LAWATAN

on Sunday, April 1, 2012

Adalah dimaklumkan pihak PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) telah meminda TARIKH TUTUP permohonan Lawatan Sambil Belajar Ke Indonesia kepada 30.4.2012 (Isnin).
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan En.Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib di talian 03-26155954/6464.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INDONESIA 2012

on Sunday, March 11, 2012

PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA AKAN MENGADAKAN SATU LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INDONESIA (JAKARTA/BANDUNG) PADA 7 HINGGA 11 JULAI 2012.(SABTU-RABU).

BERIKUT ADALAH BUTIRAN LANJUT LAWATAN TERSEBUT.


OBJEKTIF LAWATAN
Memberi peluang secara terbuka kepada PKSP seluruh Negara untuk mengikuti program sambil belajar ke Jakarta/Bandung, Indonesia.
Perkongsian pengalaman dengan PKSP di Jakarta/Bandung berkaitan dengan perkhidmatan kerja sosial perubatan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.Terbuka kepada semua Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pen. Pegawai Kerja Sosial Perubatan ( Berdaftar dengan Persatuan) dan Ahli Keluarga.
Bayaran : Ahli Persatuan : RM1000.00
Bukan Ahli Persatuan : RM1300.00

2. Tidak disenaraikan hitam di mana-mana agensi kerajaan untuk keluar negara ( i.e Pihak Polis, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN), Kastam, LHDN dan lain-lain)

3. Urusan perlepasan ke luar Negara hendaklah diuruskan sendiri oleh peserta melalui pengarah hospital masing - masing

4. Pengambilan cuti semasa lawatan adalah dibawah tanggungjawab para peserta, peserta hendaklah menggunakan “Cuti Rehat” masing-masing

5. Urusan Passport adalah dibawah tanggungan para peserta sendiri

6. Bayaran pengesahan dan kehadiran sebanyak RM 500.00 (termasuk pengangkutan pergi-balik Kuala Lumpur-Indonesia dan penginapan 5 hari 4 malam di Indonesia) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 2 April 2012. Bayaran hendaklah dibuat atas nama persatuan (CIMB-1440-0007564-05-3) dan resit bayaran hendaklah dipos atau difaks sebagai bukti penyertaan. Sila faks ke talian 03-26943942.

7. Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut sekiranya peserta menarik diri di saat akhir. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum atau pada 22.6.2012.

8. Urusan Pertukaran Matawang adalah urusan sendiri dan kos makan minum adalah tanggungan sendiri.

9. Peserta hendaklah datang sendiri ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

10. Lain-lain perbelanjaan sebelum dan selepas lawatan adalah tanggungan sendiri

BAYARAN PENYERTAAN:
Bayaran boleh dijelaskan secara tunai, pesanan kerajaan (local order), money order, postal order atau cek atas nama :
PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA
Atau pembayaran terus melalui akaun bank
CIMB BERHAD
No. Akaun: 1440-0007564-053

Maklumat lanjut sila hubungi:-

En. Mohamad Yunus bin Hj. So’oib
No. Tel: 0326155954

Sila faks salinan resit bayaran ke
03-26943942

Tarikh tutup penyertaan :
2 APRIL 2012


Maklumat lanjut sila hubungi:-

SILA BERHUBUNG DENGAN EN.MOHAMAD YUNUS BIN HJ. SO'OIB DI TALIAN 03-26155954/6464 SEKIRANYA PIHAK YM/DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/CIK BERMINAT UNTUK TERLIBAT DALAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR INI.

Senarai Rumah Jagaan / Nursing Home

on Friday, September 30, 2011

Senarai Pusat Jagaan / Nursing Home

1. Lotuskrish Care Centre Sdn Bhd 07-232 4567

No. 64354, Jln Permatang 8,Kempas Baru, 81200 Tampoi, Johor
Category:
Nursing Homes, Ambulance Service

2. Evergreen Retirement Villa 03-7781 5433

No. 59, Section 6/5, Off Jln Templer, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Category:
Home Nursing Care, Nursing Homes, Retirement Homes and more...

3. Seavoy Nursing Home Sdn Bhd 03-4021 1337

No.7, Jalan 2A/6,Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category:
Health Care Consultants, Retirement Homes, Senior Citizen's Service Organizations and more...

4. Procare Nursing & Rehabilitation Home 03-7981 8522
No. 27, Jln Awan Dandan, Taman Yarl, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category:
Nursing Homes, Home Nursing Care, Home Nursing Care

5. Evershine Old Folks Home 04-227 2113

No. 34, Jln Kedah, 10050 Georgetown, Pulau Pinang
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Senior Citizen's Service Organizations and more...

6. Anns Care Centre 03-9076 4855

No. 123, Jln Pakis 2, Tmn Ferngrove Bt 8 1/2, 43200 Cheras, Selangor
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Child Care Centres and more...

7. Lecadia Primacare Centre Sdn Bhd 03-9222 0107

3rd floor, 417-425, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category: Nursing Homes

8. Psychiatric Homecare Services Sdn Bhd 03-2166 7448

204A, 204B, 204C, Off Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category:
Nursing Homes, Home Nursing Care

9. Gracevilla Home Care Services 03-7784 1654

No. 11, Jln 4/47, Seksyen 4,, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Category:
Retirement Homes, Home Nursing Care, Nursing Homes

10. Family Health Care Nursing Home (M) Sdn Bhd 03-7958 3803

No. 9, Jln 16/1, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Category:
Nursing Homes, Home Nursing Care, Retirement Homes and more...

11. Huey Huay Confinement Services 03-8942 5466

No. 48, Jln SR 8/12, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Category:
Maternity Homes, Confinement Centre, Nursing Homes and more...

12. Aspire Nursing Home 04-210 1170

No. 71, Jln Utama, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Senior Citizen's Service Organizations

13. Poh-Link Nursing Centre Sdn Bhd 03-4280 4283

No. 105, Jalan Melur 11, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Homes-Institutional, Aged, Rest, Etc and more...

14. MN AL Falah Sdn Bhd 03-8926 4858

1st Floor, 2A-1-1, Jln Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Category: Nursing Homes

15. Venssi Old Folks Home 04-646 5834
No. 10, Grb Sungai Ara 2, Taman Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes

16. Bandar Damai Home Care 03-9101 7930
No. 24, Jln Damai Perdana 2/6F, Bandar Damai Perdana, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category: Nursing Homes

17. Pusat Jagaan Penyayang Sdn Bhd 07- 3555558
No. 16, Jln Delima 5/29, Tmn Delima, 81100 Johor Bahru, Johor
Category: Nursing Homes

18. Pusat Penjagaan Orang Tua Intan nb04-644 6761
62A, Ltg Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes

19. Mon Cherie Home 04-282 2987
No. 11, Jln Hamilton, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes

20. Velvet Glory Sdn Bhd 04-228 9305
2B, Taman Scotland, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT

on Tuesday, July 12, 2011

PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA AKAN MENGADAKAN MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT.

BUTIRAN LANJUT MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Alamat :Pejabat Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia
NO.58-3, Ting.3, Blok H, Platinum Walk,
Off Jalan Langkawi, 53000 Setapak, Kuala Lumpur
Masa : 11.30 Pagi -1.30 Petang
Tarikh : 16.7.2011 (Sabtu)


SEMUA AHLI PERSATUAN DIJEMPUT HADIR.