Profesion Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan mengadakan satu sesi Bengkel Pemurnian Draf Akhir SOP. Segala maklumat lanjut berkaitan sila hubungi pegawai yang terlibat.
BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR
STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP)
PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
21-23 APRIL 2013
HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG
Urusetia Bengkel Pemurnian Draf Akhir Standard Operational Procedure (SOP) Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
d/a Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Hospital Kuala Lumpur,Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
Tel: 03-2615 5961, 03-2615 6464 Fax: 03-2694 3942
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Pn. Nor Azura Abd. Majid / Pn. Norzila Hasan
03-2615 5953 / 03-2615 6075
BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Monday, April 15, 2013
KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2013
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu kursus asas fotografi digital pada tahun 2013. Sekiranya ada dikalangan ahli yang berminat untuk menyertai kursus ini sila email kepada pihak saya di m.yunus@hkl.moh.gov.my.
Penyertaan dan tempat adalah terhad dan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak saya di talian 03-26155954/6464.
Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib
Setiausaha Biro Latihan
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia
Jawatan Kosong PEMBANTU TADBIR AKAUN (KONTRAK)
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, January 30, 2013
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MALAYSIAN ALLIED HEALTH PROFESSIONS (MAHPC)
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, December 19, 2012Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo bagi Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). Tujuan penciptaan logo ini adalah untuk digunakan pada sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MAHPC, kepala surat dan lain-lain produk MAHPC. Logo ini akan menjadi identiti kepada MAHPC yang dapat dikenali dengan mudah oleh Ahli Sains Kesihatan Bersekutu dan orang awam.
YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan selaku Ketua Profesion Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Presiden Persatuan Profesion yang berkaitan adalah diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota di organisasi yang YBhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan dibuka kepada 23 profesion.
2. Pertandingan bermula dari tarikh surat ini dan tarikh tutup pertandingan pada 31 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan dari YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t ( TAN YOKE HWA )
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berminat sila hubungi En. Mohamad Yunus Hj. So'oib di talian 03-26156464/5961 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.
PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA KALI KE-16
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Monday, May 7, 2012Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia dengan kerjasama Kemeneterian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan persidangan seperti berikut : Tarikh : 20 Hingga 22 Mei 2012 ( Ahad Hingga Selasa ) Tempat : De Baron Resort, Bandar Baru Baron, Off jalan Putra, 07000 Kuah, Langkawi Kedah Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan persidangan ini boleh dikemukakan kepada En.Mohd Faishal Ismail Udin atau Pn.Noraini Mohd Zahid ditalian 03-2615 5977/5961/6464.
Motivasi: Tujuan & Kepentingan
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, April 15, 2012Kita sering bercakap tentang motivasi, tetapi adakah kita benar-benar memahami apa yang kita perkatakan itu? Pemahaman terhadap istilah motivasi dan isi dan kandungannya adalah amat penting terutamanya kepada ketua-ketua, pengurus-pengurus, pentadbir-pentadbir unit/ jabatan/ organisasi kerana ia menceritakan sesuatu yang tersirat di sebalik tindakan dan gelagat manusia.
DEFINISI
Tahun 1950an merupakan detik permulaan bagi pembangunan konsep motivasi. Sejak daripada itu, ramai pengkaji cuba mengetengahkan idea masing-masing berhubung dengan motivasi.
Motivasi secara amnya mengkaji sebab-sebab individu bergelagat. Ia boleh dikatakan sebagai satu hala tuju dalam sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan persoalan mengapa individu memilih gelagat tertentu dan mengulanginya pada masa akan datang walaupun menghadapi tekanan. Motivasi merupakan satu ciri dorongan di dalam sanubari manusia untuk berusaha mencapai matlamat.
Sebagai ketua/pengurus/pentadbir bagi sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada pengikut masing-masing kerana motivasi berkait dengan mendorong atau mempengaruhi gelagat orang lain berdasarkan kepada pengetahuan tentang apa yang menyebabkan mereka berkelakuan samada defensif atau proaktif.
TUJUAN
1. Untuk memenuhi kepuasan pengikut masing-masing kerana jika mereka berpuas hati dan mempunyai moral yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang erat dan ketaatan yang baik kepada unit/ jabatan dan organisasi.
2. Bertujuan untuk memotivasikan kelakuan kerja. Ketua/ Pengurus/ Pentadbir yang berkesan harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat unit/ jabatan/ organisasi dapat dicapai. Antara yang perlu diambilkira ialah gelagat-gelagat pengikut menyertai sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, terus berada didalam unit/ jabatan/ organisasi tersebut, sentiasa hadir bekerja dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.
3. Motivasi dapat melicinkan tugas. Terdapat pelbagai halangan yang menganggu tugas seseorang. Dengan adanya motivasi, halangan seperti ketidakhadiran dapat dikurangkan atau dielakkan. Contohnya Ketua/ Pengurus/ Pentadbir boleh menggunakan program latihan atau menurunkan sedikit kuasa kepada pengikut-pengikut sebagai alat motivasi.
4. Motivasi dapat merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh dan seterusnya meningkatkan prestasi kerjayanya. Seterusnya ini menguntungkan bagi jangka masa panjang kerana berupaya melahirkan ramai pengikut yang sentiasa bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga prestasi unit/ jabatan dan organisasi.
KEPENTINGAN
1. Melahirkan pengikut yang lebih produktif
2. Menghasilkan kerja atau produk yang berkualiti
3. Membina alternatif yang lebih baik supaya produktiviti dan kualiti sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
KESIMPULAN
Mempelajari dan memahami motivasi akan menjadikan seseorang Ketua/ Pengurus/ Pentadbir lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam meningkatkan usaha pengikutnya ke arah mencapai visi/misi/objetif unit/ jabatan/ organisasi yang diwakilinya.
Sumber Rujukan: Pengurusan Organisasi:2009, CENGAGE Learning
PERUBAHAN TARIKH TUTUP LAWATAN
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, April 1, 2012Adalah dimaklumkan pihak PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) telah meminda TARIKH TUTUP permohonan Lawatan Sambil Belajar Ke Indonesia kepada 30.4.2012 (Isnin).
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan En.Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib di talian 03-26155954/6464.