Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang beragama Islam di seluruh Negara.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Tuesday, July 9, 2013
TAWARAN MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Tuesday, April 23, 2013Dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia telah merancang untuk mengadakan ibadah umrah pada tahun 2014. Butiran lanjut mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 5 Hingga 16 Februari 2014 ( 12 Hari 10 Malam )
Tempat : Mekah dan Madinah, Arab Saudi
Anggaran Kos Lawatan : RM5350.00 seorang
Terbuka kepada semua Ahli Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia / ahli keluarga masing-masing dan Sukarelawan Hospital. Pihak urusetia telah mengedarkan surat jemputan kepada tuan/puan. Tuan/Puan hendaklah memberikan nama calon yang akan mengikuti lawatan tersebut selewat-lewatnya 30 September 2013. Sekiranya pihak kami tidak menerima maklumbalas dari tarikh tersebut pihak kami akan menggantikan tempat tersebut dengan calon lain yang berminat.
Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Encik Mohamad Yunus Bin Hj. So’oib di talian 03-26155954/03-26156464
PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN KE-17
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Monday, April 15, 2013Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kali Ke-17. Berikut adalah makluman persidangan :
Tarikh Persidangan : 26 - 28 Mei 2013 ( Ahad - Selasa )
Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Jalan TMR 6, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung persidangan ini sila hubungi :
Urusetia,
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia,
58-3, Blok H, Platinum Walk,
No.2 Jalan Langkawi,
53300 Danau Kota,
Setapak Kuala Lumpur.
No. Phone : 03-41312911
Faks : 03-41312211
Profesion Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan mengadakan satu sesi Bengkel Pemurnian Draf Akhir SOP. Segala maklumat lanjut berkaitan sila hubungi pegawai yang terlibat.
BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR
STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP)
PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
21-23 APRIL 2013
HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG
Urusetia Bengkel Pemurnian Draf Akhir Standard Operational Procedure (SOP) Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
d/a Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Hospital Kuala Lumpur,Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
Tel: 03-2615 5961, 03-2615 6464 Fax: 03-2694 3942
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Pn. Nor Azura Abd. Majid / Pn. Norzila Hasan
03-2615 5953 / 03-2615 6075
KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2013
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu kursus asas fotografi digital pada tahun 2013. Sekiranya ada dikalangan ahli yang berminat untuk menyertai kursus ini sila email kepada pihak saya di m.yunus@hkl.moh.gov.my.
Penyertaan dan tempat adalah terhad dan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak saya di talian 03-26155954/6464.
Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib
Setiausaha Biro Latihan
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia
Jawatan Kosong PEMBANTU TADBIR AKAUN (KONTRAK)
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, January 30, 2013
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MALAYSIAN ALLIED HEALTH PROFESSIONS (MAHPC)
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, December 19, 2012Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo bagi Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). Tujuan penciptaan logo ini adalah untuk digunakan pada sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MAHPC, kepala surat dan lain-lain produk MAHPC. Logo ini akan menjadi identiti kepada MAHPC yang dapat dikenali dengan mudah oleh Ahli Sains Kesihatan Bersekutu dan orang awam.
YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan selaku Ketua Profesion Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Presiden Persatuan Profesion yang berkaitan adalah diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota di organisasi yang YBhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan dibuka kepada 23 profesion.
2. Pertandingan bermula dari tarikh surat ini dan tarikh tutup pertandingan pada 31 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan dari YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t ( TAN YOKE HWA )
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berminat sila hubungi En. Mohamad Yunus Hj. So'oib di talian 03-26156464/5961 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.