Dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( Perubatan ) Malaysia akan menganjurkan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Kali Ke-14.
Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :
Tempat : Glory Beach Resot, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tarikh : 4 hingga 6 Julai 2010
Tema : "Integriti Asas Keutuhan Profesionalisme Kerja Sosial Perubatan"
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Cik Hilyati Binti Mohd Hashim di talian 03-26155958 atau Cik Wan Samhanin Binti Wan Sulaiman di talian 03-26155956
PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA KALI KE-14
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, June 9, 2010
Maklumat Terkini Perjawatan
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, May 12, 2010Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pegawai Kerja Sosial Perubatan) Gred S41 ke Gred S44 dan Gred S44 ke S48. Sehubungan itu, bagi warga Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang layak memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://humanres.moh.gov.my/modules/news/.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 Jun 2010.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Encik Bathusha Shareef Bin Kader Shaik Ali di talian 03-8883 2822 atau Puan Zuridah Binti Muhamad di talian 03-8883 3726
MAKLUMAN PERTUKARAN/PENEMPATAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Thursday, April 8, 2010Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pertukaran/penempatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan pelbagai Gred di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)sehingga bulan April tahun 2010.
1. En. Mohd Asri bin Abd. Rahman Gred S52
Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan ke Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM
2. Cik Noami Anne A/P Joachim Masilamany Gred S52
Hospital Serdang, Selangor ke Hospital Umum Sarawak, Sarawak
3. En. Abdul Rahman bin Haji. Mokri Gred S52 ( Memangku )
Hospital Selayang, Selangor ke Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan
4. En. Abdul Halim bin Haji Jamil Gred S52 (Memangku)
Kekal di Hospital Melaka, Melaka
5. Pn. Roszida binti Ahmad Zahid Gred S48
Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan ke Hospital Serdang, Selangor
6. Pn. Yuslinda binti Ahmad Gred S41
Hospital Ampang, Selangor Ke Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan
7. En. Yusri bin Mohamad Gred S41
Hospital Mukah, Sarawak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
8. Pn. Zaitie Ezwa binti Affandi Gred S41
Hospital Banting, Selangor ke Hospital Sultanah Aminah, Johor
9. Pn. Noraziah binti Zazali Gred S41
Hospital Sultanah Aminah, Johor ke Hospital Banting, Selangor
10. Pn. Noraziah binti Md Yusof Gred S41
Hospital Segamat, Johor ke Hospital Ampang, Selangor
11. Pn. Nurvyzura binti Mohamad Gred S41
Hospital Miri, Sarawak ke Hospital Mesra, Sabah
1.ISMAIL NASARUDIN BIN ABD. KADIR
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN
2.NORHASIFAH BINTI MD. ISA
HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR
3.NORZILA BINTI HASSAN
HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU
4.NOR ASMAWATI BINTI MOHAMAD ALI ABDUL RAHMAN
HOSPITAL SENTOSA, SARAWAK
5.WAN MOHD AMINUDDIN BIN WAN ISMAIL
HOSPITAL LIKAS, SABAH
6.RIZAWATI BINTI SAMSURY
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH
7.MOHD FAISHAL BIN ISMAIL UDIN
HOSPITAL KUALA LUMPUR
8.HAMZAH BIN SULAIMAN
HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG
9.AMIZAH BINTI ABDULLAH HASHIM
HOSPITAL MELAKA
10.NORMADINIATUL SHIDA BINTI MOHD HAIDIN
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH
11.ARMIESAL ASILATI BINTI AHAMAD
HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG
12.NORDIN BIN MANAP
HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR
13.ANUAR BIN LONG
HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR
14.FOIZI BIN ISMAIL
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU
15.NORLIJA BINTI KASSIM
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN
16.LULIN ANAK NYALU
HOSPITAL SIBU, SARAWAK
17.ROSALINA BINTI SABIRIN
HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR
18.AINUL NAJWA SARANEE ABDULLAH
HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU
Cadangan Bagi Menambahbaik Blog Persatuan
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Wednesday, October 21, 2009Diminta para Warga kerja Jabatan Kerja Sosial Perubatan di seluruh Malaysia agar dapat menyumbangkan idea dan kemahiran didalam menambahbaik website blog Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia.
Sebarang idea dan kemahiran bolehlah menghubungi En. Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib di talian 03-26155964 atau emailkan kepada m.yunus@hkl.moh.gov.my .
Semoga dengan sumbangan yang pihak anda berikan dapat dimanfaatkan kepada semua anggota warga kerja Jabatan Kerja Sosial Perubatan Malaysia.
Sekian,
Terima Kasih
KURSUS KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1/2009
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, June 21, 2009
Definisi:
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.
Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Matlamat Terapi Muzik
i) memulihkan kekuatan fizikal
ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran
Teknik Terapi Muzik
Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.
Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.
Kesimpulan
Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.
Sumber: Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi Muzik, (Majalah Pentas Jld. 3 Bil. 2
April-Jun 2008)