Kita sering bercakap tentang motivasi, tetapi adakah kita benar-benar memahami apa yang kita perkatakan itu? Pemahaman terhadap istilah motivasi dan isi dan kandungannya adalah amat penting terutamanya kepada ketua-ketua, pengurus-pengurus, pentadbir-pentadbir unit/ jabatan/ organisasi kerana ia menceritakan sesuatu yang tersirat di sebalik tindakan dan gelagat manusia.
DEFINISI
Tahun 1950an merupakan detik permulaan bagi pembangunan konsep motivasi. Sejak daripada itu, ramai pengkaji cuba mengetengahkan idea masing-masing berhubung dengan motivasi.
Motivasi secara amnya mengkaji sebab-sebab individu bergelagat. Ia boleh dikatakan sebagai satu hala tuju dalam sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan persoalan mengapa individu memilih gelagat tertentu dan mengulanginya pada masa akan datang walaupun menghadapi tekanan. Motivasi merupakan satu ciri dorongan di dalam sanubari manusia untuk berusaha mencapai matlamat.
Sebagai ketua/pengurus/pentadbir bagi sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada pengikut masing-masing kerana motivasi berkait dengan mendorong atau mempengaruhi gelagat orang lain berdasarkan kepada pengetahuan tentang apa yang menyebabkan mereka berkelakuan samada defensif atau proaktif.
TUJUAN
1. Untuk memenuhi kepuasan pengikut masing-masing kerana jika mereka berpuas hati dan mempunyai moral yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang erat dan ketaatan yang baik kepada unit/ jabatan dan organisasi.
2. Bertujuan untuk memotivasikan kelakuan kerja. Ketua/ Pengurus/ Pentadbir yang berkesan harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat unit/ jabatan/ organisasi dapat dicapai. Antara yang perlu diambilkira ialah gelagat-gelagat pengikut menyertai sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, terus berada didalam unit/ jabatan/ organisasi tersebut, sentiasa hadir bekerja dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.
3. Motivasi dapat melicinkan tugas. Terdapat pelbagai halangan yang menganggu tugas seseorang. Dengan adanya motivasi, halangan seperti ketidakhadiran dapat dikurangkan atau dielakkan. Contohnya Ketua/ Pengurus/ Pentadbir boleh menggunakan program latihan atau menurunkan sedikit kuasa kepada pengikut-pengikut sebagai alat motivasi.
4. Motivasi dapat merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh dan seterusnya meningkatkan prestasi kerjayanya. Seterusnya ini menguntungkan bagi jangka masa panjang kerana berupaya melahirkan ramai pengikut yang sentiasa bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga prestasi unit/ jabatan dan organisasi.
KEPENTINGAN
1. Melahirkan pengikut yang lebih produktif
2. Menghasilkan kerja atau produk yang berkualiti
3. Membina alternatif yang lebih baik supaya produktiviti dan kualiti sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
KESIMPULAN
Mempelajari dan memahami motivasi akan menjadikan seseorang Ketua/ Pengurus/ Pentadbir lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam meningkatkan usaha pengikutnya ke arah mencapai visi/misi/objetif unit/ jabatan/ organisasi yang diwakilinya.
Sumber Rujukan: Pengurusan Organisasi:2009, CENGAGE Learning
Motivasi: Tujuan & Kepentingan
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, April 15, 2012
PERUBAHAN TARIKH TUTUP LAWATAN
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, April 1, 2012Adalah dimaklumkan pihak PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) telah meminda TARIKH TUTUP permohonan Lawatan Sambil Belajar Ke Indonesia kepada 30.4.2012 (Isnin).
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan En.Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib di talian 03-26155954/6464.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INDONESIA 2012
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, March 11, 2012PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA AKAN MENGADAKAN SATU LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INDONESIA (JAKARTA/BANDUNG) PADA 7 HINGGA 11 JULAI 2012.(SABTU-RABU).
BERIKUT ADALAH BUTIRAN LANJUT LAWATAN TERSEBUT.
OBJEKTIF LAWATAN
Memberi peluang secara terbuka kepada PKSP seluruh Negara untuk mengikuti program sambil belajar ke Jakarta/Bandung, Indonesia.
Perkongsian pengalaman dengan PKSP di Jakarta/Bandung berkaitan dengan perkhidmatan kerja sosial perubatan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.Terbuka kepada semua Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pen. Pegawai Kerja Sosial Perubatan ( Berdaftar dengan Persatuan) dan Ahli Keluarga.
Bayaran : Ahli Persatuan : RM1000.00
Bukan Ahli Persatuan : RM1300.00
2. Tidak disenaraikan hitam di mana-mana agensi kerajaan untuk keluar negara ( i.e Pihak Polis, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN), Kastam, LHDN dan lain-lain)
3. Urusan perlepasan ke luar Negara hendaklah diuruskan sendiri oleh peserta melalui pengarah hospital masing - masing
4. Pengambilan cuti semasa lawatan adalah dibawah tanggungjawab para peserta, peserta hendaklah menggunakan “Cuti Rehat” masing-masing
5. Urusan Passport adalah dibawah tanggungan para peserta sendiri
6. Bayaran pengesahan dan kehadiran sebanyak RM 500.00 (termasuk pengangkutan pergi-balik Kuala Lumpur-Indonesia dan penginapan 5 hari 4 malam di Indonesia) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 2 April 2012. Bayaran hendaklah dibuat atas nama persatuan (CIMB-1440-0007564-05-3) dan resit bayaran hendaklah dipos atau difaks sebagai bukti penyertaan. Sila faks ke talian 03-26943942.
7. Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut sekiranya peserta menarik diri di saat akhir. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum atau pada 22.6.2012.
8. Urusan Pertukaran Matawang adalah urusan sendiri dan kos makan minum adalah tanggungan sendiri.
9. Peserta hendaklah datang sendiri ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
10. Lain-lain perbelanjaan sebelum dan selepas lawatan adalah tanggungan sendiri
BAYARAN PENYERTAAN:
Bayaran boleh dijelaskan secara tunai, pesanan kerajaan (local order), money order, postal order atau cek atas nama :
PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA
Atau pembayaran terus melalui akaun bank
CIMB BERHAD
No. Akaun: 1440-0007564-053
Maklumat lanjut sila hubungi:-
En. Mohamad Yunus bin Hj. So’oib
No. Tel: 0326155954
Sila faks salinan resit bayaran ke
03-26943942
Tarikh tutup penyertaan :
2 APRIL 2012
Maklumat lanjut sila hubungi:-
SILA BERHUBUNG DENGAN EN.MOHAMAD YUNUS BIN HJ. SO'OIB DI TALIAN 03-26155954/6464 SEKIRANYA PIHAK YM/DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/CIK BERMINAT UNTUK TERLIBAT DALAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR INI.
Senarai Rumah Jagaan / Nursing Home
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Friday, September 30, 2011Senarai Pusat Jagaan / Nursing Home
1. Lotuskrish Care Centre Sdn Bhd 07-232 4567
No. 64354, Jln Permatang 8,Kempas Baru, 81200 Tampoi, Johor
Category:
Nursing Homes, Ambulance Service
2. Evergreen Retirement Villa 03-7781 5433
No. 59, Section 6/5, Off Jln Templer, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Category:
Home Nursing Care, Nursing Homes, Retirement Homes and more...
3. Seavoy Nursing Home Sdn Bhd 03-4021 1337
No.7, Jalan 2A/6,Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category:
Health Care Consultants, Retirement Homes, Senior Citizen's Service Organizations and more...
4. Procare Nursing & Rehabilitation Home 03-7981 8522
No. 27, Jln Awan Dandan, Taman Yarl, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category:
Nursing Homes, Home Nursing Care, Home Nursing Care
5. Evershine Old Folks Home 04-227 2113
No. 34, Jln Kedah, 10050 Georgetown, Pulau Pinang
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Senior Citizen's Service Organizations and more...
6. Anns Care Centre 03-9076 4855
No. 123, Jln Pakis 2, Tmn Ferngrove Bt 8 1/2, 43200 Cheras, Selangor
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Child Care Centres and more...
7. Lecadia Primacare Centre Sdn Bhd 03-9222 0107
3rd floor, 417-425, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category: Nursing Homes
8. Psychiatric Homecare Services Sdn Bhd 03-2166 7448
204A, 204B, 204C, Off Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category:
Nursing Homes, Home Nursing Care
9. Gracevilla Home Care Services 03-7784 1654
No. 11, Jln 4/47, Seksyen 4,, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Category:
Retirement Homes, Home Nursing Care, Nursing Homes
10. Family Health Care Nursing Home (M) Sdn Bhd 03-7958 3803
No. 9, Jln 16/1, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor
Category:
Nursing Homes, Home Nursing Care, Retirement Homes and more...
11. Huey Huay Confinement Services 03-8942 5466
No. 48, Jln SR 8/12, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Category:
Maternity Homes, Confinement Centre, Nursing Homes and more...
12. Aspire Nursing Home 04-210 1170
No. 71, Jln Utama, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Senior Citizen's Service Organizations
13. Poh-Link Nursing Centre Sdn Bhd 03-4280 4283
No. 105, Jalan Melur 11, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor
Category:
Nursing Homes, Retirement Homes, Homes-Institutional, Aged, Rest, Etc and more...
14. MN AL Falah Sdn Bhd 03-8926 4858
1st Floor, 2A-1-1, Jln Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Category: Nursing Homes
15. Venssi Old Folks Home 04-646 5834
No. 10, Grb Sungai Ara 2, Taman Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes
16. Bandar Damai Home Care 03-9101 7930
No. 24, Jln Damai Perdana 2/6F, Bandar Damai Perdana, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Category: Nursing Homes
17. Pusat Jagaan Penyayang Sdn Bhd 07- 3555558
No. 16, Jln Delima 5/29, Tmn Delima, 81100 Johor Bahru, Johor
Category: Nursing Homes
18. Pusat Penjagaan Orang Tua Intan nb04-644 6761
62A, Ltg Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes
19. Mon Cherie Home 04-282 2987
No. 11, Jln Hamilton, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes
20. Velvet Glory Sdn Bhd 04-228 9305
2B, Taman Scotland, 10450 Georgetown, Pulau Pinang
Category: Nursing Homes
MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Tuesday, July 12, 2011PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA AKAN MENGADAKAN MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT.
BUTIRAN LANJUT MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Alamat :Pejabat Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia
NO.58-3, Ting.3, Blok H, Platinum Walk,
Off Jalan Langkawi, 53000 Setapak, Kuala Lumpur
Masa : 11.30 Pagi -1.30 Petang
Tarikh : 16.7.2011 (Sabtu)
SEMUA AHLI PERSATUAN DIJEMPUT HADIR.
BENGKEL MEMPERKASAKAN PERANAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MENJELANG TAHUN 2020, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATANPERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN SATU BENGKEL MEMPERKASAKAN PERANAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MENJELANG TAHUN 2020, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. BENGKEL INI AKAN DIHADIRI OLEH KETUA JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN DAN PEGAWAI KANAN.
MAKLUMAT BENGKEL TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :
TARIKH : 18 HINGGA 20 JULAI 2011
TEMPAT : PRESCOTT METRO INN, KAJANG, SELANGOR
SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG DENGAN EN. SUFIAN BIN SHAMSUDIN DI TALIAN 03-26155951
KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN, KKM 2011
Posted by PERSATUAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN on Sunday, June 19, 2011Sukacita dimaklumkan bahawa satu Kursus Pemantapan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2011 akan diadakan untuk Pegawai-Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia lantikan baru. Kursus tersebut akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 25 hingga 27 Julai 2011 (Isnin – Rabu)
Tempat : Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET)
Batu 18 ½ , Sungai Tangkas, Jalan Bangi
43000 Kajang, Selangor
3. Kursus ini bertujuan Memantapkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan kerja sosial perubatan seiring dengan konsep Total Patient Care yang menekankan aspek rawatan perubatan secara fizikal, psikologi, sosial dan spiritual. Pengetahuan dan kemahiran penting bagi membolehkan PKSP membantu pesakit/ keluarganya melalui pengurusan kes yang cekap dan berkesan agar mereka dapat kembali kepada masyarakat sesuai dengan batas keupayaan mereka.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Zulhan Ambi (03-26156074) atau En.Mohamad Yunus Hj. So’oib (03-26155954)