Maklumat Terkini Perjawatan

on Wednesday, May 12, 2010

Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pegawai Kerja Sosial Perubatan) Gred S41 ke Gred S44 dan Gred S44 ke S48. Sehubungan itu, bagi warga Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang layak memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://humanres.moh.gov.my/modules/news/.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 Jun 2010.

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Encik Bathusha Shareef Bin Kader Shaik Ali di talian 03-8883 2822 atau Puan Zuridah Binti Muhamad di talian 03-8883 3726