PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MALAYSIAN ALLIED HEALTH PROFESSIONS (MAHPC)

on Wednesday, December 19, 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo bagi Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). Tujuan penciptaan logo ini adalah untuk digunakan pada sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MAHPC, kepala surat dan lain-lain produk MAHPC. Logo ini akan menjadi identiti kepada MAHPC yang dapat dikenali dengan mudah oleh Ahli Sains Kesihatan Bersekutu dan orang awam.
YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan selaku Ketua Profesion Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Presiden Persatuan Profesion yang berkaitan adalah diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota di organisasi yang YBhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan dibuka kepada 23 profesion.
2. Pertandingan bermula dari tarikh surat ini dan tarikh tutup pertandingan pada 31 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan dari YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t ( TAN YOKE HWA )
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berminat sila hubungi En. Mohamad Yunus Hj. So'oib di talian 03-26156464/5961 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.

PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA KALI KE-16

on Monday, May 7, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia dengan kerjasama Kemeneterian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan persidangan seperti berikut : Tarikh : 20 Hingga 22 Mei 2012 ( Ahad Hingga Selasa ) Tempat : De Baron Resort, Bandar Baru Baron, Off jalan Putra, 07000 Kuah, Langkawi Kedah Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan persidangan ini boleh dikemukakan kepada En.Mohd Faishal Ismail Udin atau Pn.Noraini Mohd Zahid ditalian 03-2615 5977/5961/6464.

Motivasi: Tujuan & Kepentingan

on Sunday, April 15, 2012

Kita sering bercakap tentang motivasi, tetapi adakah kita benar-benar memahami apa yang kita perkatakan itu? Pemahaman terhadap istilah motivasi dan isi dan kandungannya adalah amat penting terutamanya kepada ketua-ketua, pengurus-pengurus, pentadbir-pentadbir unit/ jabatan/ organisasi kerana ia menceritakan sesuatu yang tersirat di sebalik tindakan dan gelagat manusia.

DEFINISI

Tahun 1950an merupakan detik permulaan bagi pembangunan konsep motivasi. Sejak daripada itu, ramai pengkaji cuba mengetengahkan idea masing-masing berhubung dengan motivasi.

Motivasi secara amnya mengkaji sebab-sebab individu bergelagat. Ia boleh dikatakan sebagai satu hala tuju dalam sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan persoalan mengapa individu memilih gelagat tertentu dan mengulanginya pada masa akan datang walaupun menghadapi tekanan. Motivasi merupakan satu ciri dorongan di dalam sanubari manusia untuk berusaha mencapai matlamat.

Sebagai ketua/pengurus/pentadbir bagi sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada pengikut masing-masing kerana motivasi berkait dengan mendorong atau mempengaruhi gelagat orang lain berdasarkan kepada pengetahuan tentang apa yang menyebabkan mereka berkelakuan samada defensif atau proaktif.

TUJUAN

1. Untuk memenuhi kepuasan pengikut masing-masing kerana jika mereka berpuas hati dan mempunyai moral yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang erat dan ketaatan yang baik kepada unit/ jabatan dan organisasi.

2. Bertujuan untuk memotivasikan kelakuan kerja. Ketua/ Pengurus/ Pentadbir yang berkesan harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat unit/ jabatan/ organisasi dapat dicapai. Antara yang perlu diambilkira ialah gelagat-gelagat pengikut menyertai sesebuah unit/ jabatan/ organisasi, terus berada didalam unit/ jabatan/ organisasi tersebut, sentiasa hadir bekerja dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

3. Motivasi dapat melicinkan tugas. Terdapat pelbagai halangan yang menganggu tugas seseorang. Dengan adanya motivasi, halangan seperti ketidakhadiran dapat dikurangkan atau dielakkan. Contohnya Ketua/ Pengurus/ Pentadbir boleh menggunakan program latihan atau menurunkan sedikit kuasa kepada pengikut-pengikut sebagai alat motivasi.

4. Motivasi dapat merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh dan seterusnya meningkatkan prestasi kerjayanya. Seterusnya ini menguntungkan bagi jangka masa panjang kerana berupaya melahirkan ramai pengikut yang sentiasa bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan juga prestasi unit/ jabatan dan organisasi.

KEPENTINGAN

1. Melahirkan pengikut yang lebih produktif

2. Menghasilkan kerja atau produk yang berkualiti

3. Membina alternatif yang lebih baik supaya produktiviti dan kualiti sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.


KESIMPULAN

Mempelajari dan memahami motivasi akan menjadikan seseorang Ketua/ Pengurus/ Pentadbir lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam meningkatkan usaha pengikutnya ke arah mencapai visi/misi/objetif unit/ jabatan/ organisasi yang diwakilinya.


Sumber Rujukan: Pengurusan Organisasi:2009, CENGAGE Learning

PERUBAHAN TARIKH TUTUP LAWATAN

on Sunday, April 1, 2012

Adalah dimaklumkan pihak PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) telah meminda TARIKH TUTUP permohonan Lawatan Sambil Belajar Ke Indonesia kepada 30.4.2012 (Isnin).
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan En.Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib di talian 03-26155954/6464.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INDONESIA 2012

on Sunday, March 11, 2012

PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA AKAN MENGADAKAN SATU LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INDONESIA (JAKARTA/BANDUNG) PADA 7 HINGGA 11 JULAI 2012.(SABTU-RABU).

BERIKUT ADALAH BUTIRAN LANJUT LAWATAN TERSEBUT.


OBJEKTIF LAWATAN
Memberi peluang secara terbuka kepada PKSP seluruh Negara untuk mengikuti program sambil belajar ke Jakarta/Bandung, Indonesia.
Perkongsian pengalaman dengan PKSP di Jakarta/Bandung berkaitan dengan perkhidmatan kerja sosial perubatan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.Terbuka kepada semua Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pen. Pegawai Kerja Sosial Perubatan ( Berdaftar dengan Persatuan) dan Ahli Keluarga.
Bayaran : Ahli Persatuan : RM1000.00
Bukan Ahli Persatuan : RM1300.00

2. Tidak disenaraikan hitam di mana-mana agensi kerajaan untuk keluar negara ( i.e Pihak Polis, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN), Kastam, LHDN dan lain-lain)

3. Urusan perlepasan ke luar Negara hendaklah diuruskan sendiri oleh peserta melalui pengarah hospital masing - masing

4. Pengambilan cuti semasa lawatan adalah dibawah tanggungjawab para peserta, peserta hendaklah menggunakan “Cuti Rehat” masing-masing

5. Urusan Passport adalah dibawah tanggungan para peserta sendiri

6. Bayaran pengesahan dan kehadiran sebanyak RM 500.00 (termasuk pengangkutan pergi-balik Kuala Lumpur-Indonesia dan penginapan 5 hari 4 malam di Indonesia) hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 2 April 2012. Bayaran hendaklah dibuat atas nama persatuan (CIMB-1440-0007564-05-3) dan resit bayaran hendaklah dipos atau difaks sebagai bukti penyertaan. Sila faks ke talian 03-26943942.

7. Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut sekiranya peserta menarik diri di saat akhir. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum atau pada 22.6.2012.

8. Urusan Pertukaran Matawang adalah urusan sendiri dan kos makan minum adalah tanggungan sendiri.

9. Peserta hendaklah datang sendiri ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

10. Lain-lain perbelanjaan sebelum dan selepas lawatan adalah tanggungan sendiri

BAYARAN PENYERTAAN:
Bayaran boleh dijelaskan secara tunai, pesanan kerajaan (local order), money order, postal order atau cek atas nama :
PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA
Atau pembayaran terus melalui akaun bank
CIMB BERHAD
No. Akaun: 1440-0007564-053

Maklumat lanjut sila hubungi:-

En. Mohamad Yunus bin Hj. So’oib
No. Tel: 0326155954

Sila faks salinan resit bayaran ke
03-26943942

Tarikh tutup penyertaan :
2 APRIL 2012


Maklumat lanjut sila hubungi:-

SILA BERHUBUNG DENGAN EN.MOHAMAD YUNUS BIN HJ. SO'OIB DI TALIAN 03-26155954/6464 SEKIRANYA PIHAK YM/DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/CIK BERMINAT UNTUK TERLIBAT DALAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR INI.