Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H

on Tuesday, July 9, 2013

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang beragama Islam di seluruh Negara.

 
AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)