PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO MALAYSIAN ALLIED HEALTH PROFESSIONS (MAHPC)

on Wednesday, December 19, 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan satu pertandingan mencipta logo bagi Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC). Tujuan penciptaan logo ini adalah untuk digunakan pada sijil-sijil yang dikeluarkan oleh MAHPC, kepala surat dan lain-lain produk MAHPC. Logo ini akan menjadi identiti kepada MAHPC yang dapat dikenali dengan mudah oleh Ahli Sains Kesihatan Bersekutu dan orang awam.
YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan selaku Ketua Profesion Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Presiden Persatuan Profesion yang berkaitan adalah diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada anggota di organisasi yang YBhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan dibuka kepada 23 profesion.
2. Pertandingan bermula dari tarikh surat ini dan tarikh tutup pertandingan pada 31 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan dari YBhg Datuk/Dato’ / Datin / Tuan / Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t ( TAN YOKE HWA )
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berminat sila hubungi En. Mohamad Yunus Hj. So'oib di talian 03-26156464/5961 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut.