TAWARAN MENGERJAKAN UMRAH DAN ZIARAH

on Tuesday, April 23, 2013

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia telah merancang untuk mengadakan ibadah umrah pada tahun 2014. Butiran lanjut mengenai lawatan tersebut adalah seperti berikut :



Tarikh : 5 Hingga 16 Februari 2014 ( 12 Hari 10 Malam )
Tempat : Mekah dan Madinah, Arab Saudi
Anggaran Kos Lawatan : RM5350.00 seorang


Terbuka kepada semua Ahli Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia / ahli keluarga masing-masing dan Sukarelawan Hospital. Pihak urusetia telah mengedarkan surat jemputan kepada tuan/puan. Tuan/Puan hendaklah memberikan nama calon yang akan mengikuti lawatan tersebut selewat-lewatnya 30 September 2013. Sekiranya pihak kami tidak menerima maklumbalas dari tarikh tersebut pihak kami akan menggantikan tempat tersebut dengan calon lain yang berminat.

Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Encik Mohamad Yunus Bin Hj. So’oib di talian 03-26155954/03-26156464

PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN KE-17

on Monday, April 15, 2013

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kali Ke-17. Berikut adalah makluman persidangan :

Tarikh Persidangan : 26 - 28 Mei 2013 ( Ahad - Selasa )
Tempat : Hang Tuah World Heritage Hotel, Jalan TMR 6, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung persidangan ini sila hubungi :

Urusetia,
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia,
58-3, Blok H, Platinum Walk,
No.2 Jalan Langkawi,
53300 Danau Kota,
Setapak Kuala Lumpur.

No. Phone : 03-41312911
Faks : 03-41312211

BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR


Profesion Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan mengadakan satu sesi Bengkel Pemurnian Draf Akhir SOP. Segala maklumat lanjut berkaitan sila hubungi pegawai yang terlibat.

BENGKEL PEMURNIAN DRAF AKHIR

STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP)
PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
21-23 APRIL 2013
HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG

Urusetia Bengkel Pemurnian Draf Akhir Standard Operational Procedure (SOP) Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

d/a Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Hospital Kuala Lumpur,Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
Tel: 03-2615 5961, 03-2615 6464 Fax: 03-2694 3942

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Pn. Nor Azura Abd. Majid / Pn. Norzila Hasan
03-2615 5953 / 03-2615 6075


KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2013

KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL 2013

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengadakan satu kursus asas fotografi digital pada tahun 2013. Sekiranya ada dikalangan ahli yang berminat untuk menyertai kursus ini sila email kepada pihak saya di m.yunus@hkl.moh.gov.my.
Penyertaan dan tempat adalah terhad dan sebarang pertanyaan  dan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak saya di talian 03-26155954/6464.

Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib
Setiausaha Biro Latihan
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia