KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN, KKM 2011

on Sunday, June 19, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Kursus Pemantapan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2011 akan diadakan untuk Pegawai-Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia lantikan baru. Kursus tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25 hingga 27 Julai 2011 (Isnin – Rabu)
Tempat : Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET)
Batu 18 ½ , Sungai Tangkas, Jalan Bangi
43000 Kajang, Selangor


3. Kursus ini bertujuan Memantapkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan kerja sosial perubatan seiring dengan konsep Total Patient Care yang menekankan aspek rawatan perubatan secara fizikal, psikologi, sosial dan spiritual. Pengetahuan dan kemahiran penting bagi membolehkan PKSP membantu pesakit/ keluarganya melalui pengurusan kes yang cekap dan berkesan agar mereka dapat kembali kepada masyarakat sesuai dengan batas keupayaan mereka.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Zulhan Ambi (03-26156074) atau En.Mohamad Yunus Hj. So’oib (03-26155954)