Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Cawangan Hospital Kuala Lumpur, kelolaan Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi jawatan berikut :
PEMBANTU TADBIR AKAUN (KONTRAK)
(TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA
CAWANGAN HOSPITAL KUALA LUMPUR)
Kelayakan :
• Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya
• Mempunyai kemahiran dalam perakaunan
• Umur tidak melebihi 30 tahun
• Berkemahiran menggunakan komputer
• Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan bertulis dan resume beserta sekeping gambar berukuran pasport terkini (tidak akan dipulangkan) dan dihantar ke alamat berikut :
TABUNG KEBAJIKAN PERUBATAN MALAYSIA
d/a Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur.
No. Telefon : 03-26156464 atau 03-26155961
No. Faks: 03-26943942
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 FEBRUARI 2013 (SELASA)