KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN, KKM 2011

on Sunday, June 19, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Kursus Pemantapan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2011 akan diadakan untuk Pegawai-Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia lantikan baru. Kursus tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 25 hingga 27 Julai 2011 (Isnin – Rabu)
Tempat : Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET)
Batu 18 ½ , Sungai Tangkas, Jalan Bangi
43000 Kajang, Selangor


3. Kursus ini bertujuan Memantapkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan kerja sosial perubatan seiring dengan konsep Total Patient Care yang menekankan aspek rawatan perubatan secara fizikal, psikologi, sosial dan spiritual. Pengetahuan dan kemahiran penting bagi membolehkan PKSP membantu pesakit/ keluarganya melalui pengurusan kes yang cekap dan berkesan agar mereka dapat kembali kepada masyarakat sesuai dengan batas keupayaan mereka.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Zulhan Ambi (03-26156074) atau En.Mohamad Yunus Hj. So’oib (03-26155954)

Kursus Asas Pengurusan 2010

on Sunday, October 31, 2010

Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia akan mengajurkan satu kursus kepada Pegawai - Pegawai Kerja Sosial Perubatan di seluruh Negara(Lantikan Baru Tahun 2010 dan pegawai yang belum pernah mengikuti kursus asas pengurusan PKSP). Butiran kursus asas tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 8-11 November 2010
Tempat : Excel Training & Country Resort, Lenggeng, Negeri Sembilan
.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn.Noormah Sani atau En.Zulhan Ambi di talian 03-26156464/5961

PERSIDANGAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN MALAYSIA KALI KE-14

on Wednesday, June 9, 2010

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( Perubatan ) Malaysia akan menganjurkan Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Kali Ke-14.
Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tempat : Glory Beach Resot, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tarikh : 4 hingga 6 Julai 2010
Tema : "Integriti Asas Keutuhan Profesionalisme Kerja Sosial Perubatan"

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Cik Hilyati Binti Mohd Hashim di talian 03-26155958 atau Cik Wan Samhanin Binti Wan Sulaiman di talian 03-26155956

Maklumat Terkini Perjawatan

on Wednesday, May 12, 2010

Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pegawai Kerja Sosial Perubatan) Gred S41 ke Gred S44 dan Gred S44 ke S48. Sehubungan itu, bagi warga Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang layak memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://humanres.moh.gov.my/modules/news/.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 Jun 2010.

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Encik Bathusha Shareef Bin Kader Shaik Ali di talian 03-8883 2822 atau Puan Zuridah Binti Muhamad di talian 03-8883 3726

MAKLUMAN PERTUKARAN/PENEMPATAN PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN

on Thursday, April 8, 2010

Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pertukaran/penempatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan pelbagai Gred di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)sehingga bulan April tahun 2010.

1. En. Mohd Asri bin Abd. Rahman Gred S52
Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan ke Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM
2. Cik Noami Anne A/P Joachim Masilamany Gred S52
Hospital Serdang, Selangor ke Hospital Umum Sarawak, Sarawak
3. En. Abdul Rahman bin Haji. Mokri Gred S52 ( Memangku )
Hospital Selayang, Selangor ke Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan
4. En. Abdul Halim bin Haji Jamil Gred S52 (Memangku)
Kekal di Hospital Melaka, Melaka
5. Pn. Roszida binti Ahmad Zahid Gred S48
Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan ke Hospital Serdang, Selangor
6. Pn. Yuslinda binti Ahmad Gred S41
Hospital Ampang, Selangor Ke Hospital Tunku Jaafar, N. Sembilan
7. En. Yusri bin Mohamad Gred S41
Hospital Mukah, Sarawak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
8. Pn. Zaitie Ezwa binti Affandi Gred S41
Hospital Banting, Selangor ke Hospital Sultanah Aminah, Johor
9. Pn. Noraziah binti Zazali Gred S41
Hospital Sultanah Aminah, Johor ke Hospital Banting, Selangor
10. Pn. Noraziah binti Md Yusof Gred S41
Hospital Segamat, Johor ke Hospital Ampang, Selangor
11. Pn. Nurvyzura binti Mohamad Gred S41
Hospital Miri, Sarawak ke Hospital Mesra, Sabah

KENAIKAN PANGKAT

on Thursday, October 22, 2009

TAHNIAH
Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia mengucapkan tahniah kepada warga kerja Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang telah berjaya dinaikkan pangkat dari GRED S41 KE GRED S44 berkuatkuasa 1 OKTOBER 2009. Di antara Pegawai tersebut adalah seperti berikut :

1.ISMAIL NASARUDIN BIN ABD. KADIR
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN

2.NORHASIFAH BINTI MD. ISA
HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR

3.NORZILA BINTI HASSAN
HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU

4.NOR ASMAWATI BINTI MOHAMAD ALI ABDUL RAHMAN
HOSPITAL SENTOSA, SARAWAK

5.WAN MOHD AMINUDDIN BIN WAN ISMAIL
HOSPITAL LIKAS, SABAH

6.RIZAWATI BINTI SAMSURY
HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH

7.MOHD FAISHAL BIN ISMAIL UDIN
HOSPITAL KUALA LUMPUR

8.HAMZAH BIN SULAIMAN
HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG

9.AMIZAH BINTI ABDULLAH HASHIM
HOSPITAL MELAKA

10.NORMADINIATUL SHIDA BINTI MOHD HAIDIN
HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH

11.ARMIESAL ASILATI BINTI AHAMAD
HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG

12.NORDIN BIN MANAP
HOSPITAL TUANKU FAUZIAH, KANGAR

13.ANUAR BIN LONG
HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR

14.FOIZI BIN ISMAIL
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU

15.NORLIJA BINTI KASSIM
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN

16.LULIN ANAK NYALU
HOSPITAL SIBU, SARAWAK

17.ROSALINA BINTI SABIRIN
HOSPITAL SUNGAI BULOH, SELANGOR

18.AINUL NAJWA SARANEE ABDULLAH
HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

Cadangan Bagi Menambahbaik Blog Persatuan

on Wednesday, October 21, 2009

Diminta para Warga kerja Jabatan Kerja Sosial Perubatan di seluruh Malaysia agar dapat menyumbangkan idea dan kemahiran didalam menambahbaik website blog Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia.
Sebarang idea dan kemahiran bolehlah menghubungi En. Mohamad Yunus Bin Hj. So'oib di talian 03-26155964 atau emailkan kepada m.yunus@hkl.moh.gov.my .
Semoga dengan sumbangan yang pihak anda berikan dapat dimanfaatkan kepada semua anggota warga kerja Jabatan Kerja Sosial Perubatan Malaysia.

Sekian,
Terima Kasih