Penjagaan atau rawatan paliatif ini merangkumi penjagaan semenjak pesakit dimasukkan ke wad di hospital sehinggalah penjagaan pesakit di rumah.
Banyak kes menyaksikan bagaimana ramai pesakit kanser yang terbiar dan terlantar tanpa sebarang usaha-usaha untuk mengurangkan mengurangkan penderitaan mereka malah pesakit-pesakit ini akan meninggal dalam keadaan yang menyedihkan.
Kaedah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang berada pada peringkat akhir ataupun yang tidak boleh disembuhkan lagi dinamakan Penjagaan@ Rawatan Paliatif.
Penjagaan ini bermaksud penjagaan holistik yang merangkumi rawatan melegakan masalah fizikal, sosial dan psikologi pesakit.
Pesakit-pesakit yang dimaksudkan ialah pesakit-pesakit yang mengidap penyakit kronik yang serius dan tidak ada peluang untuk sembuh. Antaranya ialah penyakit buah pinggang dan lain-lain.
Namun begitu, penjagaan ini sinonim dengan penyakit kanser. Penjagaan ini telah lama bertapak di negara kita dan telah wujud di beberapa buah hospital kerajaan dan swasta. Ianya dikendalikan oleh petugas-petugas yang datangnya dari pelbagai latar belakang termasuk bekas-bekas pesakit itu sendiri.
Hampir semua, hospital-hospital besar milik kerajaan mempunyai pusat rawatan paliatif. Ianya dikendalikan oleh pegawai perubatan yang bertugas, jururawat dan sukarelawan-sukarelawan yang berminat. Di tempat-tempat tertentu, pusat ini juga dipanggil Hospis.
Secara amnya, penjagaan paliatif merangkumi aspek fizikal, mental (psikologi) dan juga sosial, dengan itu, ia memerlukan penglibatan semua pihak seperti Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Pakar Psikiatri dan yang paling penting adalah penglibatan ahli-ahli keluarga terdekat pesakit.